About Me

My photo
Selamat Datang ke dunia aku.

Saturday, September 3, 2011

Realiti Ini

Sepi . 
Diriku ini sendiri . 
Melayan diri ditemani jasad sunyi .
Bersama air mati dan secebis roti , aku mencari erti .
Apa yang dikatakan kehidupan realiti .
Aku , bukan peramal nasib yang bisa meramal apa yang akan terjadi .
Bukan ahli magis yang boleh menjelma diri dengan sendiri .
Ke laut aku mencari , ke langit aku memerhati .
Adakah ini dinamakan mengesan dengan mata hati ?

Masih sini , berpijak pada tanah merah bumi .
Mereka selalu berfantasi tentang perihal kehidupan abadi .
Tapi apa yang pasti adalah MATI !
Berlarilah engkau wahai anak Adam dan Hawa , mati pasti menemui .
Bersembunyilah engkau seperti tiada siapa yang akan mencari .
Kehidupan ini ada kisah akhir , wahai manusia !
Janganlah kau bersedih kerana ini biasa terjadi .

Fahami kata hati , hayati isi bumi .
Ekspidisi ini tiada henti .
Realitinya kita manusia ini jahil .
Tiada petunjuk untuk diikuti .
Dalam zaman modenisasi , dihutan konkrit ini .
Pelbagai pancabora kita hadapi .
Sering kita lupa pada yang hakiki .

- Elena Ramlan -


No comments:

Post a Comment