About Me

My photo
Selamat Datang ke dunia aku.

Friday, July 22, 2011

Hujan


Kini ia tiba lagi 
Tiba membawa seribu satu erti
Erti yang sering aku cari 
Mencari untuk merungkai misteri 

Dari rintik menjadi lebat
Ibarat api kecil yang berubah menjadi besar
Penangannya sungguh hebat
Terus membuatkan aku tersedar

Kau turun tanpa diduga 
Memberi sedikit petanda
Memberitahu mereka
Kau akan tiba

Masihkah ada hujan untuk esok 
Atau ini yang terakhir 
Hanya Dia yang tahu
Kerana Dia penciptanya


No comments:

Post a Comment